![5-10 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)](http://www.tytmelaka.gov.my/wp-content/uploads/2024/05/5-10-420x280_c.jpg)
9 Mei 2024
30 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Agensi- Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 2024.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat gerai-gerai Aidilfitri dan bergambar bersama kakitangan MAIM serta Agensi terlibat.