
7 Jun 2024
29 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kechil, Paya Dalam, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas diiringi YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada YB. Datuk Rahmad bin Mariman serta mendoakan agar mendapat haji yang mabrur.
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi sahabat lama yang sedang uzur.