Berkunjung ke Melaka Car Free Zone
Monday, 26 February 2024
17 Februari 2024
7 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengambil kesempatan berkunjung ke Melaka Car Free Zone yang melibatkan laluan sepanjang 2.3 kilometer di destinasi kawasan tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir membabitkan laluan di Bangunan Merah, hadapan Menara Taming Sari dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
TYT Tun Seri Setia turut menyantuni peniaga-peniaga, para pengunjung juga penarik beca di sepanjang kawasan berkenaan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
Monday, 26 February 2024
16 Februari 2024
6 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) sempena meraikan ahli-ahli kelab yang telah bertukar dan bersara.
Turut berlangsung sambutan hari ulangtahun kelahiran ahli yang lahir pada bulan Februari.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Muhsinin, Melekek Luar, Alor Gajah
Monday, 26 February 2024
16 Februari 2024
6 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muhsinin, Melekek Luar, Alor Gajah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Usai Solat Jumaat TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Muslim Mart milik Koperasi Kariah Masjid Al Muhsinin Melekek Luar Alor Gajah Melaka Berhad.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat dari YBhg. Dato’ Abdul Razak bin Abdul Majid
Monday, 26 February 2024
15 Februari 2024
5 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Dato’ Abdul Razak bin Abdul Majid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta delegasi.
Turut hadir sama Encik Khairizam bin Ibrahim, Pengurus Besar TNB Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi
Friday, 16 February 2024
13 Februari 2024
3 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Turut hadir ialah YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Maslina binti Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 dan Laporan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Zakat Melaka Sdn. Bhd. oleh Ketua Audit Negara kepada YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman
Friday, 16 February 2024
13 Februari 2024
3 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka.
Dalam perjumpaan ini TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Sambutan Tahun Baru Cina 2024
Tuesday, 13 February 2024
10 Februari 2024
29 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 dengan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Peringkat DUN Machap Jaya, Melaka anjuran YB Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta Majlis Rumah Terbuka YB. Tuan Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi sahabat lama yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka
Monday, 05 February 2024
4 Februari 2024
23 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi sahabat lama yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat serta bertanya khabar semua pesakit di wad tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin
Monday, 05 February 2024
2 Februari 2024
21 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin, Melaka.
Usai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa
Monday, 05 February 2024
1 Februari 2024
20 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
YAB Ketua Menteri Melaka turut memperkenalkan Tuan Haji Abdul Hakim Abdul Wahid yang telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita