Kongres Asian Karate Federation (AKF) ke-18
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023M
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam bersama delegasi Executive Council World Karate Federation (WKF) dan Asian Karate Federation (AKF) serta Malaysia Karate Federation (MAKAF)
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Asian Karate Federation
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam bersempena Asian Karate Federation Senior Championship 2023
17 Julai 2023
28 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam bersempena Asian Karate Federation Senior Championship 2023 anjuran Malaysia Karate Federation (MAKAF) di Casa Del Rio, Melaka.
Majlis ini diadakan bagi menyambut kedatangan delegasi-delegasi daripada World Karate Federation (WKF) dan Asian Karate Federation (AKF).
Turut hadir YB VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan; Mr. Antonio Espinos, WKF President; Major General Nasser Alrazooqi, AKF President; Mr. Toshihisa Nagura, WKF General Secretary dan Mr. Alamjon Mullaev, 1st Vice President.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Aman, Kampung Kelemak, Alor Gajah
14 Julai 2023
25 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Aman, Kampung Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Melaka Munajat bersama Tuan Guru Abdul Somad sempena Maal Hijrah 1445H
13 Julai 2023
24 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Program Melaka Munajat bersama Tuan Guru Abdul Somad sempena Maal Hijrah 1445H di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Tuan Guru Abdul Somad dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka. Seramai hampir 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Sejarah, Ayer Keroh.
Acara Melaka bermunajat itu dimulakan dengan alunan selawat qasidah diketuai Ustaz Sayyid Arshid sebelum laungan azan Maghrib oleh Ustaz Abdul Karim Al-Makki.
Program diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah sebelum acara utama dimulakan dengan ceramah disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Somad sempena Maal Hijrah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Santapan Tengahari di Istana Negara
11 Julai 2023
22 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Santapan Tengahari di Istana Negara yang diadakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang berangkat ke majlis tersebut ialah DYMM Sultan Selangor, DYMM Sultan Perak dan KDYMM Sultan Kedah.
Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang dan DYTM Raja Muda Perlis. Hadir sama, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua negeri Sabah dan Yang di-Pertua negeri Pulau Pinang.
YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan YB Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak turut hadir di majlis tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Melaka Heritage Celebration Sempena Melaka Heritage Festival 2023
9 Julai 2023
20 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus menyempurnakan Perasmian Melaka Heritage Celebration Sempena Melaka Heritage Festival 2023 yang diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Duta-Duta daripada pelbagai negara dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Festival yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-15 Melaka Bandaraya Warisan Dunia – Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu menampilkan kepelbagaian etnik terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis, Chetti, Jawa dan Orang Asli.
Bertemakan ‘Warisan Untuk Generasi’, menceritakan sejarah zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan kedudukan negeri yang strategik sebagai pelabuhan penting di alam Melayu pada zaman itu. Turut berlangsung persembahan kepelbagaian budaya dan warisan lapan etnik Melaka yang wujud sejak 600 tahun lalu.
Kira-kira 5,000 pengunjung pada Festival Melaka Heritage 2023 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti