Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera , Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau , Melaka 754 Tahun , Melaka Maju Fasa II, Berkat, Tepat, Cepat.
Sebagai salah sebuah agensi utama pembangunan Negeri Melaka, PKNM akan terus mengorak langkah untuk menambah baik kualiti perkhidmatannya dari masa kesemasa termasuk menyediakan laman sesawang yang lebih terampil dan bermaklumat.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Melayari Portal Rasmi PKNM. Semoga dengan adanya Portal Rasmi berwajah baru ini, para pelawat akan dapat mengenali PKNM dengan lebih dekat lagi. Adalah juga menjadi hasrat saya serta seluruh warga kerja PKNM untuk memenuhi keperluan para pelanggan dan kami akan sedaya upaya menyediakan maklumat yang lebih tepat dan terkini khususnya berkaitan aktiviti-aktiviti utama yang dilaksanakan oleh PKNM.
Pada masa yang sama kami juga berharap agar Portal Rasmi PKNM ini akan menjadi platform terbaik kepada para pelanggan dan pelawat berkongsi pandangan dan idea untuk meningkatkan lagi keupayaan kami dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk kebaikan semua.
Akhir kata, salam hormat dari saya dan selamat melayari Web Rasmi PKNM.
HJ AZMI BIN HJ HUSSAIN
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
PERINDUSTRIAN
Semua di dalam bidang industri dalam dan luar negara.
SEWAAN PREMIS
Sewaan premis berada di Kawasan Rehat dan Rawat / Kawasan IKS
HARTANAH
Hartanah di bawah kendalian PKNM berada di lokasi Taman Mini Malaysia, Perkampungan Ikan Bakar Terapung dan Ayer Panas Gadek
INVEST MELAKA
One-Stop-Centre kepada pelabur-pelabur yang datang ke Melaka dan organisasi yang menerajui pembangunan negeri Melaka
LEGEND
- Perindustrian
- Sewaan Premis
- Hartanah
- Invest Melaka