
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir Ke Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2022M di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Selepas Solat Fardhu Mahgrib TYT Tun Seri Setia dan YABhg Toh Puan berkesempatan mendengar Tausiah bertajuk “Menyantuni Kasih, Menyulam Sayang, Menjunjung Berkat” yang telah disampaikan oleh PU Rahmat Ihsan.