17 Oktober 2023
2 Rabiulakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Anugerah Industri Malaysia (Malaysia Industry Awards – MINDA) 2023 dan Malam Amal anjuran Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) di Kuala Lumpur.
Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi; YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; dan Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malek bin Abdullah, Pengerusi FMBA.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian kepada 20 penerima anugerah bagi tahun ini.