
10 Disember 2023
26 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Perkahwinan anak perempuan kepada YBhg. Datuk Seri Abdul Aziz Bin Shahar iaitu Cik Alya Amirah & Encik Dean Robert Miller yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2; YABhg. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Mantan Perdana Menteri Malaysia; YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan; YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Dan Digital dan YB Datuk Seri DR. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri.