2 April 2024
22 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Iftar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM Malaysia; PgkBI R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka serta Pegawai dan Anggota JBPM Negeri Melaka. Turut hadir sama Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Turut berlangsung penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadhan daripada Pertubuhan Khairat JBPM Negeri Melaka kepada 20 penerima daripada kalangan anggota keluarga JBPM Negeri Melaka yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kecil, Paya Dalam, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pegawai syarak masjid serta bermoreh bersama jemaah yang hadir.