
27 April 2024
18 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu Encik Izhuan Ikhwan bin Ibrahim & Pasangannya Cik Siti NurulHatiah binti Jamaluddin yang diadakan di Dewan Japerun Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.