
17 Jun 2024
10 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan juga berkesempatan menziarahi makam Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.