Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
Thursday, 02 January 2025
19 Disember 2024
17 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi-agensi korporat diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusof, Ketua Menteri Melaka
.
Majlis penyerahan zakat tersebut disertai oleh 16 agensi seperti Lembaga Jurukur Tanah Malaysia; Tenaga Nasional Berhad; TM Technology Services Sdn Bhd; Fazil Agency; Melaka ICT Holdings Sdn Bhd; Cimb Islamic Bank Berhad; Agrobank; Maybank Islamic Berhad; Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd; Yayasan Melaka; Affin Islamic Bank Berhad; Lembaga Perumahan Melaka; Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad; Bousted Plantations Berhad; Bank Simpanan Nasional dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat ialah RM 4,642,181.59.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Wira Ibrahim Bin Durum; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama, merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YB. Tuan Khairul Azreem Bin Mamat; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Salhah Binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
TYT Tun Seri Setia merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi-agensi korporat yang telah menyertai majlis serahan zakat pada kali ini dan berharap agar agensi-agensi korporat lain turut melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Melaka demi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024)
Thursday, 02 January 2025
17 Disember 2024
15 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Peniaga Import dan Eksport Guangdong – Malaysia (MGIECC) dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) serta MOU antara Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) semasa Sidang Kemuncak Malaysia – China 2024.
Ekspo yang berlangsung daripada 17 hingga 19 Disember 2024 ini adalah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia – China.
TYT Tun Seri Setia juga turut mengunjungi Pavilion Kerajaan Negeri Melaka di Malaysia China Summit 2024 yang turut berlangsung di MITEC.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024
Thursday, 02 January 2025
17 Disember 2024
15 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak merangkap Canselor Universiti Malaya turut berangkat mencemar duli hadir ke Majlis Makan Malam ini.
Hadir sama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2 dan YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Bin Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Hapipah binti Ab Rahman
Thursday, 02 January 2025
17 Disember 2024
15 Jamadilakhir 1446H
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Hapipah binti Ab Rahman yang merupakan kakak kepada YABhg. Toh Puan.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan
Thursday, 02 January 2025
15 Disember 2024
13 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan iaitu anak mendiang Tan See Toh, mantan bendahari agong Malaysia Karate Federation (MAKAF); bersama di Kuala Lumpur.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Tuaian Pertama (Tuaitama) nanas MD2 di Ladang Seri Nenas Farm
Wednesday, 01 January 2025
15 Disember 2024
13 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Program Tuaian Pertama (Tuaitama) nanas MD2 di Ladang Seri Nenas Farm, di atas tanah Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Kampung Bukit Senggeh. Melaka
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali, Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia; YBhg. Datuk Wira Zainal bin Husin, Pengurus Besar Yayasan Dunia Melayu Dunia lslam; Puan Siti Hajar binti Ramlee, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sembilan/Melaka dan Tuan Haji Aminin bin Abd Rashid, Pengarah Urusan Seri Nanas Farm.
Ladang Seri Nenas seluas lebih dua ekar ini berjaya memuatkan penanaman lebih 30 ribu pokok nanas MD2.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Malam Gemilang Alumni Dan Industri Universiti Sains Malaysia Tahun 2024
Monday, 30 December 2024
14 Disember 2024
12 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Malam Gemilang Alumni Dan Industri Universiti Sains Malaysia Tahun 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 hasil inisiatil sekumpulan bekas pelajar USM. Penubuhannya bermula dengan pembentukan Jawatankuasa Protem yang diketuai oleh Profesor Madya Itam Sulcoinan, seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat bersama beberapa staf akademik dan pentadbiran USM.
Sehingga kini USM telah melahirkan seramai 210,410 alumni dari 80 buah negara.
Menggabungkan malam alumni dengan industri adalah satu idea yang sangat baik untuk mengukuhkan hubungan antara alumni dan dunia profesional. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada alumni, tetapi juga kepada universiti dan industri yang terlibat.
Majlis ini juga dapat menjadi platform untuk para alumni serta profesional berkumpul, bertemu serta berkongsi pengalaman dan pencapaian yang telah diraih secara bersama. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada universiti untuk menghargai sumbangan alumni dan industri dalam pelbagai bidang.
Turut berlangsung penyampaian Anugerah Alumni Perdana dan Anugerah Alumni Muda Harapan yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Hadir sama YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) dan YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Naib Canselor USM; YBrs. Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM dan YBrs. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Persatuan Alumni USM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Sempena Tahun Melawat Melaka 2024
Monday, 30 December 2024
14 Disember 2024
12 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Kesenian Islam Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 yang diadakan di Perkarangan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA).
Seramai 405 peserta daripada seluruh negera antaranya Selangor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor telah menyertai festival ini yang mempertandingkan warisan kesenian Islam seperti nazam, berzanji, marhaban dan nasyid yang merupakan warisan tradisi masa lalu yang masih subur diamalkan masyarakat sehingga ke hari ini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Institut Warisan Melaka (INSWA) yang menganjurkan program ini dengan kerjasama Melaka World Heritage Sdn Bhd, Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Perbadanan Muzium Melaka, Unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Ketua Menteri dan Perbadanan Melaka.
Festival Kesenian Islam sempena Tahun Melawat Melaka 2024 telah dianjurkan dalam usaha untuk menerapkan kesedaran serta melestari kesenian Islam dalam kalangan masyarakat tempatan dan luar negara.
Bagi memeriahkan lagi program ini, turut diadakan Persembahan Kesenian Islam untuk menarik minat pengunjung tempatan dan luar negara untuk berkunjung ke negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024.
Diharap festival ini dapat mengukuh, memelihara serta memperkasakan warisan kesenian Islam supaya ianya tidak pupus di minda generasi muda dan seterusnya dapat berkembang dan dihormati di seluruh dunia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Wira Ismail Bin Saleh
Monday, 30 December 2024
14 Disember 2024
12 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Wira Ismail Bin Saleh, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka iaitu Encik Mohamad Safuan Bin Ismail & Pasangannya Cik Mia Zafirah Binti Mohamed Rozhan yang berlangsung di MITC, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi kakak kepada YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman
Monday, 30 December 2024
13 Disember 2024
11 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi kakak kepada YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman iaitu Puan Hapipah Ab Rahman yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka sejurus selesai menunaikan Solat Jumaat.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat pesakit-pesakit di wad 2-4, wad 2-3 dan menyampaikan sumbangan peribadi serta mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti