Pelancaran Skim Pengantarabangsaan Teknikal UTeM di Ajman University, UAE
Monday, 10 March 2025
18 Februari 2025
19 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyaksikan Pelancaran Skim Pengantarabangsaan Teknikal UTeM di Ajman University, UAE.
Menerusi program kerjasama ini dapat membuka peluang kepada pelajar pengajian untuk melanjutkan sesi pengajian mereka menurut bidang sedia ada yang ditawarkan di UTeM lalu perkara ini mewujudkan scenario berimpak positif untuk kedua-dua pihak.
Jalinan strategik UTeM dan universiti-universiti ternama dari luar negara kian bertambah saban tahun sekaligus meledakkan jenama UTeM sebagai universiti bertaraf dunia yang terus diperakui pencapaian cemerlangnya di peringkat global.
Turut hadir YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Massila Kamalruddin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama delegasi UTeM.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mengadakan lawatan ke SoiLAB (Sharjah Open Innovation Lab).
SoiLAB ditubuhkan bagi mempromosi dan mengkomersialkan idea baharu serta memacu inovasi teknikal dan keusahawanan ke peringkat antarabangsa tertinggi di Sharjah. Ia adalah pusat kepada pelbagai bengkel dan kemudahan yang menggunakan teknologi termaju untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D). SoiLAB terletak secara strategik di tengah-tengah SRTIP di Bandar Universiti Sharjah. Ia dikelilingi oleh institusi pendidikan terkemuka dunia dan Zon Bebas yang dinamik berhampiran dengan lapangan terbang yang terus menarik minat minda dan pelabur yang paling bijak. SoiLAB diletakkan secara ideal untuk menyediakan hab pusat bagi inovasi yang menghubungkan semua pihak berkepentingan di bawah satu bumbung di Sharjah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor
Monday, 10 March 2025
18 Februari 2025
19 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor yang berlangsung di Dubai, UAE.
Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor merupakan sebuah syarikat tertumpu teknologi yang membangunkan dan menyokong penyelesaian termaju dalam membantu menyesuaikan penyelesaian perisian IT dengan cepat dan cekap kepada keperluan perniagaan mereka dan mencipta model paling ekonomik untuk disesuaikan dengan kadar pertumbuhan perniagaan.
Syarikat ini juga melaksanakan penyelesaian berdasarkan trend dan teknologi terkini dalam kejuruteraan perisian seperti Robotics Solutions, Artificial Intelligence Solution, Game & Simulations dan GIS & Enterprise Solutions.
Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor turut bergabung dengan Dubai SME, sebuah badan kerajaan yang matlamat utamanya adalah untuk menguatkuasakan pengetahuan dan pembangunan manusia serta memberi ganjaran kepada usahawan yang luar biasa di seluruh UAE.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mengadakan lawatan ke Rubu’ Qarn Robotic di Sharjah.
Objektif utama penubuhan Rubu’ Qarn adalah untuk Melahirkan Pemimpin dan Inovator termasuk membangunkan serta memodenkan kurikulum, program latihan dan aktiviti inovatif yang menyumbang kepada pembangunan bakat dan kebolehan kanak-kanak, remaja dan belia, dan untuk memastikan pemantauan berterusan di pelbagai peringkat umur.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sesi libat urus bersama Abu Dhabi School of Management
Friday, 07 March 2025
17 Februari 2025
18 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke sesi libat urus bersama Abu Dhabi School of Management.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan UAE Academy.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Museum Of The Future di Dubai
Wednesday, 19 February 2025
16 Februari 2025
17 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Museum Of The Future di Dubai.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan
Wednesday, 19 February 2025
15 Februari 2025
16 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat iaitu Cik Hani Nurbalqis binti Muhammad Hafizuddeain dan Pasangannya Encik Mustaqim bin Hud yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.
Turut hadir YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Fauzi Bin Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Darat dan YDH. Dato’ Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua
Wednesday, 19 February 2025
14 Februari 2025
15 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Nur, Kampung Paya Redan, Tiang Dua, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M
Wednesday, 19 February 2025
13 Februari 2025
14 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M yang diadakan di Masjid Nur As-Sa’adah, Pengkalan Batu, Melaka.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan bacaan Yasin serta Doa Selamat yang dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Kemudiannya diteruskan dengan Tazkirah bertajuk “Nisfu Syaaban: Keharuman yang Dicari” Oleh Al Allamah Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari, Penasihat Am Jabatan Mufti Mesir.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri dan YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai
Wednesday, 19 February 2025
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
13 Februari 2025
14 Syaaban 1446H
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Umbai, Melaka.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai yang sedang menerima rawatan di Hospital Jasin.
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka juga turut berada di Hospital Jasin bersama TYT Tun Seri Setia.
Peristiwa kebakaran yang tragis ini telah meragut nyawa seorang ibu bersama empat orang anaknya.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang beriman.
Setelah itu, TYT Tun Seri Setia turut melawat beberapa pesakit lain di wad Hospital Jasin. TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan rasa syukur apabila dimaklumkan oleh YBhg. Dr. Azhar bin Mohd Sali, Pengarah Hospital Jasin bahawa telah ada doktor pakar bertugas di Hospital Jasin.
YBhg. Dr. Azhar turut memaklumkan kepada TYT Tun Seri Setia bahawa Hospital Jasin mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk penambahan wad baru kerana kapasiti wad sedia ada tidak dapat lagi menampung jumlah pesakit yang semakin ramai.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat Perpisahan dari YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal
Wednesday, 19 February 2025
12 Februari 2025
13 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan dari YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para).
Turut hadir sama YDH. Brigedier Jeneral Khairul Anwar bin Soib, Panglima 10 Briged (Para) yang baru.


- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Sri Lanka yang ke-77
Wednesday, 19 February 2025
4 Februari 2025
5 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Sri Lanka yang ke-77 di Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh Mr. M. I. Mohamed Rizvi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia.
Majlis turut dihadiri YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta Duta-Duta Besar, Duta serta Pesuruhjaya Tinggi perwakilan asing.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti