Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka
Monday, 16 January 2023
16 Januari 2023
23 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Warga UTeM di Kampus UTeM, Durian Tunggal, Melaka
Sunday, 15 January 2023
15 Januari 2023
22 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyertai acara UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Warga UTeM di Kampus UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sukan UTeM dengan kerjasama Kelab Larian & Orienteering UTeM (UROC) melibatkan perjalanan hampir 10km yang telah disertai kira-kira 1000 warga UTeM melibatkan Pengurusan Tertinggi, Kakitangan dan Pelajar.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YB. Bapak Hamka Hendra Noer, Gubernur Gorontalo, Indonesia di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka
Saturday, 14 January 2023
14 Januari 2023
21 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB. Bapak Hamka Hendra Noer, Gubernur Gorontalo, Indonesia di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Yang Arif Tuan Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka
Thursday, 12 January 2023
12 Januari 2023
19 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Arif Tuan Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Turut hadir Yang Arif Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi 1 Melaka. Yang Arif Tuan Mohd Radzi bin Abdul Hamid telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi 2 menggantikan Yang Arif Puan Maidzuara Binti Mohammed, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Tuesday, 10 January 2023
10 Januari 2023
17 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Antara pelunas zakat perniagaan agensi korporat ialah daripada Lembaga Jurukur Tanah Malaysia; Bank Simpanan Nasional; Fazil Group; Affin Islamic Bank Berhad; Yayasan Melaka; Tenaga Nasional Berhad; Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka; Syarikat Air Melaka Berhad; Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd; Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Melaka Ict Holdings Sdn Bhd; Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad; QSR Brands Holdings (M) Berhad; Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd; IKTBM Group Sdn Bhd dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad dengan keseluruhan penyerahan Zakat berjumlah RM4,268,911.16.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar; YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; SS Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Redzuan, Kampung Bukit Nibong
Friday, 23 December 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Redzuan, Kampung Bukit Nibong, Melaka. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada masjid serta warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyantuni Waris Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali
Friday, 23 December 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni waris mangsa Tanah Runtuh Batang Kali di Machap Baru dan Machap Umboo.
Dua keluarga dari Machap Baru dan Machap Umboo, 4 dewasa 4 anak kecil, Lai Chee Sam, Lai See Ting serta dua anak mereka dan Tai Chang Lin, Yu Siew Pay, serta dua anak mereka.
Turut hadir YB. Ngwe Hee Sem, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna dan YB. Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan dan Kebajikan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Transit Di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
Saturday, 17 December 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, telah disambut oleh TYT Datuk Lim Juay Jin, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan yang telah mengiring TYT Tun Seri Setia sepanjang transit. TYT Datuk Lim Juay Jin ialah anak Melaka yang telah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan. Turut hadir Encik Muhammad Haidas Muhammad Sharif Song, Setiausaha Pertama Kedutaan juga Cik Sofiah Othman dan Cik Nur Azila Abu Seman, Konsular Kedutaan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Bapa YBhg. Datuk Wira Soh Chin Aun
Wednesday, 14 September 2022
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan Bersama Pengarah Filem Mat Kilau
Tuesday, 16 August 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBrs. Encik Syamsul bin Yusuf daripada Syarikat SKOP Production.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti