Mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023)
Monday, 16 October 2023
13 Oktober 2023
27 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengunjungi Karnival Kerjaya MyFuturejobs Negeri Melaka dan Smart Melaka International EXPO 2023 (SMIX2023) di MITC, Melaka.
Ketibaan Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia’s Business Excellence Awards
Monday, 16 October 2023
12 Oktober 2023
26 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan penyampaian anugerah di Majlis National Unity Through Business and Entrepreneurship Forum & Present Malaysia’s Business Excellence Awards yang diadakan di Corus Hotel, Kuala Lumpur.
Turut hadir YB. Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Malaysia.
Majlis ini telah dianjurkan oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Economic Club of Kuala Lumpur (ECKL) dan FGBMF Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China
Monday, 16 October 2023
10 Oktober 2023
24 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, China.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Tuan Syed Farizal bin Syed Mohamad, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai serta warga kerja Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Acara penyampaian pingat kepada Pasukan Kata wanita Malaysia di Sukan Asia Hangzhou
Monday, 16 October 2023
6 Oktober 2023
20 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan acara penyampaian pingat kepada Pasukan Kata wanita Malaysia terdiri daripada Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie Yampil merangkul pingat perak pada hari kedua pertandingan karate di Sukan Asia Hangzhou.
Trio negara memperoleh 39.0 mata di belakang pasukan Vietnam yang memenangi pingat emas dengan paparan mata akhir 42.7 mata.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pertandingan Karate di Linping Sport Centre Gymnasium, Hangzhou
Monday, 16 October 2023
5 Oktober 2023
19 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan pertandingan Karate acara Kumite Lelaki – 75kg, Kumite Perempuan – 68kg dan Kata Individu di Linping Sport Centre Gymnasium, Hangzhou sempena Sukan Asia Hangzhou 2022.
Atlet negara Lovelly Anne Robberth merangkul pingat perak dalam acara Kata individu wanita sekaligus membantu melengkapkan sasaran 27 pingat bagi kontigen Malaysia di Sukan Asia kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM 2023)
Tuesday, 03 October 2023
1 Oktober 2023
15 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM 2023) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan; barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Acara dimulakan dengan terjunan payung terjun oleh 10 orang daripada pelbagai badan beruniform yang membawa plak untuk disampaikan kepada TYT Tun Seri Setia sebagai gimik perasmian karnival.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober ini telah menarik sekurang-kurangnya 45,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjurannya.
Sebanyak 41 helikopter dan pesawat dengan pelbagai saiz telah mengambil bahagian dalam KUAM 2023 dengan tujuh daripadanya adalah daripada badan beruniform, 27 pesawat kecil dari kelab penerbangan, sementara enam paramotor dan satu microlight turut menyertai acara ini.
Turut berlangsung aksi pesawat aerobatik pertama Malaysia, GB1 Gamebird yang dikendalikan oleh Kapten John Sham, bekas juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM).
Untuk makluman, pesawat aerobatik GB1 ini merupakan pesawat pertama seumpamanya yang didaftarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan dan pengiktirafan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Yaqin, Merlimau
Tuesday, 03 October 2023
29 September 2023
13 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Yaqin, Merlimau, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ketibaan Perlumbaan Basikal Le Tour De Langkawi (LTDL) 2023, Peringkat ke-6 (dari Karak – Melaka)
Tuesday, 03 October 2023
28 September 2023
12 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan ketibaan Perlumbaan Basikal Le Tour De Langkawi (LTDL) 2023, Peringkat ke-6 (dari Karak – Melaka) di Dataran Pahlawan, Melaka.
Hadir sama YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri dan YB Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Seramai 117 pelumba basikal terlibat dalam peringkat ini yang melibatkan jarak sejauh 174.5km.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan hadiah kepada pemenang keseluruhan peringkat ke-6 iaitu Simon Carr dari kumpulan EF EDUCATION – EASYPOST (USA) sekaligus memenangi jersi hijau Petronas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023
Tuesday, 03 October 2023
28 September 2023
12 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 yang diadakan di Stadium Tun Fatimah, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri; YB. Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Melaka dan lain-lain kenamaan.
Perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah ke Dataran Pusat Islam Melaka itu membabitkan seramai 128 kontinjen terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan termasuk swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Perarakan turut disertai Japerun, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, masjid dan surau serta sekolah-sekolah.
Seramai 6,547 peserta terlibat pada perarakan sempena Maulidur Rasul 1445 Hijriah Peringkat Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N)
Wednesday, 27 September 2023
26 September 2023
10 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) kepada Anggota dan Pesara Polis Kontinjen Melaka di Balai Istiadat, Seri Negeri, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YDH CP Dato’ Sri Azmi bin Abu Kassim Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman; YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka dan YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka.
Seramai 165 penerima pingat terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang masih berkhidmat dan telah bersara.
Pingat Ini Dianugerahkan kepada Petugas – Petugas Polis Dan Polis Diraja Malaysia bagi menghargai Jasa Kepahlawanan, Pengorbanan Dan Kebaktian kepada Negara Semasa Era Darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu Bagi Tempoh 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960 dan Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia, juga bagi Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan semasa Darurat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti