Penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara
Friday, 03 January 2025
24 Disember 2024
22 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa nahas jalan raya yang telah mengorbankan tujuh orang di KM 204, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Alor Gajah, Melaka malam semalam.
TYT Tun Seri Setia turut bertemu dengan ahli keluarga dan waris mangsa terkorban di Bahagian Forensik Hospital Melaka, serta menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kejadian maut tersebut.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Hospital Melaka disambut oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi mangsa-mangsa kemalangan yang cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Melaka serta turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa.
Nahas yang melibatkan sebuah bas persiaran, sebuah kenderaan MPV dan dua buah lori ini telah mengorbankan lima sekeluarga dalam sebuah MPV termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun. Manakala, dua lagi mangsa yang maut adalah pemandu bas dan seorang penumpang bas persiaran.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa yang terkorban dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang beriman. Aameen.
Al-Fatihah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Arwah Puan Hapipah binti Ab Rahman
Friday, 03 January 2025
23 Disember 2024
21 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Arwah Puan Hapipah binti Ab Rahman iaitu kakak kepada YABhg. Toh Puan yang diadakan di Surau Al-Ihsan, Bemban, Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Friday, 03 January 2025
22 Disember 2024
20 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Rahman meraikan Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi.
Usai selesai majlis makan malam TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan membawa TYT Tun Pehin Sri serta YABhg. Toh Puan menyelusuri Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus – Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim
Thursday, 02 January 2025
21 Disember 2024
19 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Rahman hadir menyaksikan Pementasan Teater Purbawara Muzikal Manifestasi Karya Agung Sulalatus – Salatin, Keagungan Kemaharajaan Maritim di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.
Teater berbentuk purbawara muzikal yang dipentaskan ini, berkisar kemaharajaan maritim di Selat Melaka, yang bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain hingga jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka pada 1511.
Ucapan tahniah kepada JKKN dan barisan produksi Sulalat’us- Salatin kerana berjaya mengeluarkan satu karya pensejarahan yang lengkap untuk membolehkan kita menghayati sejarah Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kejatuhan empayar ini.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore
Thursday, 02 January 2025
20 Disember 2024
18 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 antara Malaysia dengan Singapore di Stadium Bukit Jalil.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan cukup untuk memastikan Singapura menamatkan perjalanan Malaysia dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh
Thursday, 02 January 2025
20 Disember 2024
18 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia bersama-sama jemaah menunaikan solat jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Mohamad Zoher bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Pak Syed Lelong @ Abang Chik yang kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan di Ayer Keroh.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
Thursday, 02 January 2025
19 Disember 2024
17 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi-agensi korporat diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusof, Ketua Menteri Melaka
.
Majlis penyerahan zakat tersebut disertai oleh 16 agensi seperti Lembaga Jurukur Tanah Malaysia; Tenaga Nasional Berhad; TM Technology Services Sdn Bhd; Fazil Agency; Melaka ICT Holdings Sdn Bhd; Cimb Islamic Bank Berhad; Agrobank; Maybank Islamic Berhad; Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd; Yayasan Melaka; Affin Islamic Bank Berhad; Lembaga Perumahan Melaka; Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad; Bousted Plantations Berhad; Bank Simpanan Nasional dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat ialah RM 4,642,181.59.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Wira Ibrahim Bin Durum; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama, merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YB. Tuan Khairul Azreem Bin Mamat; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Salhah Binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
TYT Tun Seri Setia merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi-agensi korporat yang telah menyertai majlis serahan zakat pada kali ini dan berharap agar agensi-agensi korporat lain turut melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Melaka demi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka ini.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024)
Thursday, 02 January 2025
17 Disember 2024
15 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Peniaga Import dan Eksport Guangdong – Malaysia (MGIECC) dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) serta MOU antara Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) semasa Sidang Kemuncak Malaysia – China 2024.
Ekspo yang berlangsung daripada 17 hingga 19 Disember 2024 ini adalah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia – China.
TYT Tun Seri Setia juga turut mengunjungi Pavilion Kerajaan Negeri Melaka di Malaysia China Summit 2024 yang turut berlangsung di MITEC.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024
Thursday, 02 January 2025
17 Disember 2024
15 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya 2024 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak merangkap Canselor Universiti Malaya turut berangkat mencemar duli hadir ke Majlis Makan Malam ini.
Hadir sama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri 2 dan YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Bin Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan
Thursday, 02 January 2025
15 Disember 2024
13 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Perkahwinan Mr. Jordan Tan iaitu anak mendiang Tan See Toh, mantan bendahari agong Malaysia Karate Federation (MAKAF); bersama di Kuala Lumpur.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti